CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Special Day"D

Daisypath Anniversary tickers

Happy Old Day..

Daisypath Happy Birthday tickers

I belong to you...:*

i belong to you Pictures, Images and Photos

Tuesday, 2 August 2011

Salam Ramadhan Semua...:))

Assalamualaikum...

~ Maaflah agak terlambat wish "Salam Ramadhan" kat korang...actually 2 days before sangat2 bz sebab ikut hubby balik kampung jenguk atuk dia kat Parit Buntar,Perak...that's why la mempunyai Ipad2 or Blackberry Playbook sangat2 berguna untuk update entry di mana saja kan????(cecececce alasan nak belila tue,hihi)

Today dah masuk hari ke-2 dah..syukur sangat still sihat untuk teruskan ibadah yang sangat2 dituntut nehhh..bila time2 puasa teringat plak time kecik2 dulu....waktu2 petang cam gini lah dugaan betul...syaitan punya kuat menghasut suruh berbuka padahal bape jam je lagi...mulala buat2 lupa minum airla, mandila sambil2 tu minum air....hahaha.....

okey stop cite zaman budak kecik sebab skang ni dah besar panjang n xde alasan untuk x berpuasa kan...okeyy mule2 kita niat dulu....

Untuk sebulan niatnya:

 نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَ
ى

Niatnya: Sahaja aku berpuasa sebulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.

*kalau tergagal puasa niat esok kemudiannya
“Sahaja aku berpuasa esok dan sehingga akhir Ramadhan ini kerana Allah Ta’ala”.


Kenapa puasa itu satu ibadah??:

"Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan, akan diampunkan segala dosa-dosanya yang terdahulu." ( Riwayat al-Bukhari dan Muslim )

" Semua amalan anak Adam digandakan kebaikannya sepuluh kali ganda serupa dengannya hingga tujuh ratus kali ganda, Allah Azza Wajalla berkata: " Melainkan puasa, kerana ianya untuk-Ku dan Aku sendiri yang akan membalasnya, mereka meninggalkan syahwat dan makanannya kerana-Ku." Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan: kegembiraan berbuka puasa dan kegembiraan ketika menemui Tuhannya, dan bau busuk (dari mulut orang yang berpuasa) kerana berpuasa lebih wangi di sisi Allah S.W.T" ( Riwayat al-Bukhari dan Muslim ) 


Actually puasa gak dapat melatih kita mempunyai sifat2 yang terpuji:

Sabar

Latih sifat sabar dalam memenuhi keinginan diri dan godaan luaran sepanjang Ramadhan.

Ikhlas

Berpuasa mestilah ikhlas kan...kalau xikhlas Allah xkan terima puasa kita.Dan Allah Maha Mengetahui kalau kita ngelat ke apa kan...

Jiwa Kental

Maksudnya mampu melawan nafsu syahwat dan perkara2 yang diharamkan di bulan Ramadhan.

Pelihara Fizikal

Puasa bermakna perut,mata,telinga,lidah,tangan dan kaki pun puasa skali la kan...jangan dedahkan mereka2 ni pada perkara yang boleh batalkan puasa.

Prihatin dan Belas Kasihan

Lebih2 lagi pada fakir miskin dan dan tanggungjawab kita pada masyarakat yang kurang upaya.

Buka Hijab antara Diri dan Allah

Ibadat yang dilakukan dalam bulan Ramadhan berupaya membersihkan roh dan hati.Dengan itu terbukalah hijab antara hamba dan Allah.

Rasa Belas dan Lemah Lembut

Rasulullah S.A.W mengajar umatnya,pabila dicaci atau diperli,eloklah berkata"Aku Berpuasa!" dan berlapang dada atas setiap kekerasan dan kemarahan yang dicetus.

Kukuhkan Kesatuan Ummah

Kebaikan bulan Ramadhan dan perasaan ini dikongsi oleh umat  Islam seluruh dunia tanpa mengira bangsa,keturunan,warna kulit dan bahasa. 

Jaga Masa

Bulan puasa mengajar kita untuk mengikut waktu2 yang telah ditetapkan seperti berbuka dan imsak.Dan ini secara xlangsung mendisiplinkan diri kita dari segi masa.

Kesihatan

Puasa sangat terbukti untuk menjaga kesihatan terutama penyakit yang berkaitan perut.Kerana dari perut lah punca segala penyakit.


Kalau kat Terengganu,ada istilah jangan puasa "yang yuk"....maksudnya puasa2 tapi bukak periuk...hahahaha....

Last but not least,Selamat Berpuasa...selamat lah kita pergi bersesak2 di bazaar Ramadhan dan selamat makan kuih muih yang sedap2...sebab kadang2 memang xjumpa kalau bukan bulan puasa kan....:))))



2 comments:

muchang said...

selamat berpuasa juga azlina :)

azlina_muhammad said...

thanks alot..:)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...