CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Special Day"D

Daisypath Anniversary tickers

Happy Old Day..

Daisypath Happy Birthday tickers

I belong to you...:*

i belong to you Pictures, Images and Photos

Saturday, 30 July 2011

Mohd Ashraf Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

Assalamualaikum...

Actually my blog ni lebih pada personal je,tapi xsalah kita share sikit pape yang patut kan...sharing is caring gitu.

Baru tau Ashraf ni dah meninggal dunia...ada dulu kecoh satu isu nak tukar nama kan....macam2la persepsi masyarakat...dikeji dicerca...etc..Kita yang dikeji and dikutuk sikit pon dah tak terlarat nak tanggung,so boleh dapat bayangkan la si Ashraf ni cemana nak tanggung kan...


Memang betul apa yang dilakukan terang2 salah tapi xperlulah kita menokok tambah buat dosa kering je nanti....huks.




KUALA TERENGGANU 30 Julai – Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz, yang gagal dalam permohonan menukar namanya kepada Aleesha Farhana, meninggal dunia ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah, di sini, 5 pagi tadi.
Beliau dimasukkan ke hospital itu 3 pagi semalam setelah mengalami masalah jantung dan tekanan darah rendah.
Bapanya, Abdul Aziz Ahmad, 60, ketika dihubungi berkata, jenazah anaknya itu dijangka dikebumikan selepas waktu Zohor.
Katanya, beliau menunggu kepulangan anggota keluarga yang lain untuk membincangkan di mana jenazah allahyarham akan dikebumikan.
Semalam beliau berkata, doktor mengesahkan anaknya mengalami serangan jantung yang tidak stabil atau ”unstable angina with cardiogenic shock”.
Katanya, Mohd Ashraf Hafiz, 25, sebelum ini mengalami kemurungan selepas permohonan yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu untuk menukar kepada nama wanita, ditolak pada 18 Julai lalu.
Mohd Ashraf Hafiz yang berasal dari Seberang Takir, di sini, memohon untuk menukar nama di dalam MyKadnya kepada Aleesha Farhana Abdul Aziz setelah beliau melakukan pembedahan menukar jantina di Thailand dua tahun lalu. – Bernama

sumber : Utusan Online

hmmm tapi tulah,kita xduk kat tempat Ashraf ni so kita xtau apa yang dia rasa kan...dan bukan hak kita untuk menilai dan menghukum dia...biarla dia ngan Allah punya cite.

Kita doakan yang terbaik untuk dia di sana n takziah untuk keluarga beliau.

2 comments:

Noor Aznida Muhammad said...

ader maklumat kabo dia arwah ni khunsa sebenarnya kan???kesian dia...huhu

azlina_muhammad said...

ada gak aku dengar tapi xtaula...huhu...

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...