CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Special Day"D

Daisypath Anniversary tickers

Happy Old Day..

Daisypath Happy Birthday tickers

I belong to you...:*

i belong to you Pictures, Images and Photos

Tuesday, 28 June 2011

Being a Mum

Assalamualaikum...

~ Lately i banyak google about getting pregnant..ntahla maybe because i da rasa i bersedia n excited...sebelum ni pun i dah bersedia n xde pun ambik apa2 pil untuk halang pregnant...tapi skang ni i rasa masa da sesuai untuk me n hubby having a baby...

So bila i google2...i found related articles yang i nak share kat sini coz maybe oranglain pun tengah berusaha cam i...me n adam married about 1 years plus dah...but still xde rezeki..maybe oranglain cepat je kan...agaknya xsempat faham pun waktu subur tu apa,dah pregnant...hihi...rezeki lah kan....

tapi we all x macam tu...biasalah setiap orang xsama kan perjalanannya..actually memang rasa takut tapi oranglain boleh,nape i tak kan....hmmm...lagipun sampai bila nak takut....huhu...

TIPS UNTUK HAMIL




Waktu Terbaik

~ Waktu terbaik having seks  iaitu pada waktu wanita subur (masa pengeluaran telur @ ovulasi).Ini adalah kerana ketika itu telur baru sahaja keluar daripada sarangnya.Bilakah secara tepat ia berlaku? Sebenarnya ia adalah lebih kurang 14 hari daripada hari pertama period seterusnya atau ketika fasa luteal bermula.Telur yang matang hanya hidup 24 jam sedangkan sperma pula hidup 48 hingga 72 jam dalam tubuh wanita. Oleh itu, sekiranya anda melakukan hubungan seks sebelum saat ovulasi lebih baik berbanding selepas ovulasi.

Kekerapan

Tidak ada angka @ fakta yang tepat tentang berapa kali seseorang itu patut lakukan hubungan untuk hamil. Paling penting ialah "berapa kerap" melakukan hubungan pada " waktu subur".Jika lakukan hubungan banyak kali pun, tapi bukan masa anda (isteri) subur, potensi nak hamil tetap tipis or boleh jadi langsung tiada.

NO Stress dan Makan Makanan Berkhasiat




Setiap pasangan mesti sentiasa tenang dan tabah dalam hadapi apa jua stress @ tekanan. Stress atau tekanan actually mampu menurunkan keupayaan untuk hamil.Penting untuk makan makanan yang menyihatkan seperti buah-buahan dan makanan berzat.

Jangan Banyak Bergerak Setelah Melakukan Hubungan Seks

~ Ini digalakkan agar beri masa untuk sperma berenang ke servik seperti yang diterangkan sebelumnya. Letak satu bantal kecil dibahagian pinggul hingga pinggul dalam kedaan beristirahat untuk tampung sejumlah sperma selama 15 minit atau lebih selepas capai klimaks bersama sama.Keadaan ini akan mudahkan sperma berenang ke rahim. Jangan guna bantal besar dan terlalu tinggi, kerana ia akan menyebabkan sperma terkumpul dibelakang rahim sahaja dan ini akan sukarkannya untuk berenang dan bergabung dengan sel telur, yang akhirnya jadikan usaha sia-sia saja.Jangan bersihkan vagina dengan cairan pembersih vagina setelah lakukan hubungan seksual sebab cairan pembersih vagina bersifat toksic untuk sperma.

Posisi

Posisi suami di atas adalah yang terbaik untuk anda hamil.Manakala posisi yang perlu dielakkan bila anda ingin hamil adalah posisi wanita di atas, duduk atau berdiri, yang akan menyebabkan sebahagian dari sperma keluar dan hanya tersisa sedikit sperma yang mencuba berenang ke arah sel telur. Paling penting adalah menikmati hubungan seksual tersebut yang mana akan membentuk suasana alkaline pada vagina yang mana sperma suka keadaan ini.

Minum Susu


Sekadar contoh..elok dapatkan nasihat doktor

~ Bagus untuk amalkan minum susu kambing/susu lembu tepung fullcream atau susu segar.Si isteri juga kena minum susu lembu sama ada dalam bentuk tepung fullcream atau susu segar. Malah, bakal ibu yang merancang untuk mengandung digalakkan untuk meminum susu persediaan ibu mengandung dan asid folic(Ia mampu mengurangkan risiko kecacatan saraf tunjang tulang bagi bayi dalam kandungan) sebagai salah satu langkah awal persediaan, tak perlu tunggu dah confirm mengandung baru nak minum.



Di sini adalah sedikit penerangan dalam fasa kitaran haid.

Sekadar contoh.


Hari 1-4

Ini dipanggil fasa pengeluaran haid (menstruation) - ketika ini darah haid keluar. Hari pertama period adalah penting untuk diketahui kerana ia adalah di mana fasa ini bermula. Pada hari pertama haid datang, ia perlu ditanda di kalendar dan tamat selepas berapa hari. Sebaik-baiknya ditanda setiap bulan sekiranya anda ingin merancang untuk mengandung. Anda boleh mengagak kitaran period anda beberapa hari di dalam sebulan.


Hari 5-13

Ini dipanggil fasa follicular. Pada fasa ini, hormon estrogen meningkat. Ketika fasa follicular ini, darah akan berkumpul di dinding rahim dan menebal untuk persediaan mengandung. Di kawasan ovari pula, telur yang berada di dalam bekasnya akan menjadi semakin matang.


Hari 14

Waktu inilah satu proses peneluran yang dipanggil ovulasi berlaku. Telur akan terkeluar daripada sarangnya disebabkan oleh peningkatan mendadak sejenis hormon yang dipanggil Luteinizing Hormone (LH). Telur ini sekiranya tidak disenyawakan oleh sperma akan mati dan hilang. Sekiranya ia disenyawakan, ia akan turun melalu saluran falopio ke rahim.


Hari 15-28

Ini dipanggil fasa luteal atau fasa secretory. Selepas telur dikeluarkan dari sarangnya, sejenis hormone dipanggil progestrone di rembes daripada sarangnya (corpus luteum). Ini menyebabkan dinding rahim semakin menebal. Setelah progestrone semakin berkurang kerana tiada persenyawaan berlaku, maka dinding ini akan runtuh sebagaimana runtuhnya tembok Berlin. Proses akan mengalami kitaran semula pada hari 1.

ELAKKAN:

* Minum coca cola, pepsi cola, minuman bergas
* Air kacang soya!!(
kajian di Britain, mendapati, sekiranya wanita ingin mengandung, elakkan     pengambilan soya sewaktu hari-hari ingin bersama. Terdapat bahan dalam soya (genistein) mengganggu sperma daripada berenang menuju ke telur wanita.)
* Segala jeruk kering seperti asam boi dan jeruk basah seperti jeruk mangga dan ceremai
* Makan makanan fast food seperti KFC, Mc Donald, piza dan makanan ringan
 
* Makan burger dan nugget
* Makan jambu batu, nenas, tebu, anggur, putik betik

Dalam Islam terdapat tips atau amalan yang boleh diamalkan agar dipermudahkan mendapat zuriat yang baik dan soleh.

Pertama, bersangka baik dengan ALLAH s.w.t. serta berdoa dengan membaca ayat 38, surah Ali-Imran yang bermaksud: “Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik. Sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa.”

Kedua,serta berdoa dengan ayat 89, surah al-Anbiya yang bermaksud: “Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat); dan Engkau jua sebaik-baik yang mewarisi.” 


 sangat berseri2 sazzy kala pregnant

Tetap "hot" walaupun pregnant JLo nehhh....

Beautiful Jessica Alba....

~ Wish us all da best,usaha tangga kejayaan tapi segalanya bergantung padaNya dan kami redha dengan rezekinya samada cepat atau lambat ~






0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...