CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Special Day"D

Daisypath Anniversary tickers

Happy Old Day..

Daisypath Happy Birthday tickers

I belong to you...:*

i belong to you Pictures, Images and Photos

Tuesday, 7 June 2011

Krabi Trip 2011

 ~  Sedar tak sedar…dah masuk bulan 6..sekarang ni masa sangat cepat2 berlalu..ibaratnya hari ni bangun tidur hari isnin,esoknya bangun tidur dah hari isnin balik…time flies very2 fast. Awal bulan May dalam  3,4 and 5hb adalah hari yang dtunggu-tunggu sebab me n my friends plan nak bercuti ke Krabi,Thailand..of coursela teruja sebab nak melancong ke tempat fofular kan…lagi2 before that selalu dapat cerita yang Krabi memang a very nice place with really2 beautiful sceneries and good place for snorkeling(cecece gaya macam hebat snorkeling je kan padahal baru kali kedua nak snorkeling selepas kat Pulau Perhentian)

So on that day,seawal 8pagi 3hb me n my hubby dah gerak keluar ke airport and kalau ikutkan nak breakfast dulu kat shah alam tapi memang tak sempat. So we all terus je LCCT,cari makanan kat sana jelah nanti.

One day before ke Krabi,actually i dah fikir dah macamana nak pakai n actually plan untuk pakai baju apa kat sane supaya kalau boleh memang nak minimize barang2 yang dibawa sebab before ni pergi trip pun selalu baju berlebih je,kesian my hubby yang bawa bag...hikhik...


Sampai je LCCT,check in luggage dulu la kan,kalu tak nanti,sehelai sepinggang pulak kitorang ke krabi,tak ke haru....haha...then after that,barulah we all menjamu breakfast di McD..

 Mule2 ingatkan terus ke Krabi from LCCT tetapi dalam 2,3 hari sebelum pergi tu kami difahamkan kami akan singgah ke Hatyai barulah teruskan perjalanan ke Krabi naik bas.Perjalanan dari LCCT ke Hatyai by flight ambil masa satu jam(xsempat nak tidur pun padahal ngantuk gile sebab packing last minit,sape suruh packing last minute lagi?hahaha).Dah sampai Hatyai,we all terus naik bas yang disediakan dan terus ke Krabi.



Krabi(photo from internet...really2 nice!!)

 Perjalanan ke Krabi ambil masa 4  jam.Perut dah lapar ni,then barulah Kak Ida(travel guide kami yang fasih cakap melayu dan kelakar orangnya)bagitahu kami akan berhenti untuk lunch. Hurmmmm kalau tengok lauk pauknye memang la tak ada selera lagi2 teringatkan makanan malaysia....hahah...tapi disebabkan perut lapar makanla jugak tapi the best part is nescafe dia sangat best!!lemak berkrim disukai ramai....hihi...Pas setel melantak nasi,kami teruskan perjalanan and sempatla lelapkan mata barang sejam dua...heheh...Sampai je kat Krabi hari dah malam so our first day tak rasa sangat la bestnya....then makan ramai2 tepi pantai and then balik check in room. 

We all sume stay kat Aonang President Hotel and basically macam nilah keadaan biliknya.For me ok je sebab bukan kitorang nak stay sangat kat bilik pun and yang paling penting nak explore Krabi tapi puashatila. 

Actually banyak hotel2 je tepi pantai Aonang...ada murah ada mahal..ikut mana pilihan hati.Cuma kali ni pergi dengan friends so rasanya bukan banyak lepak kat bilik pon kan...so this kind of hotel is actually dah ok.Kak Ida gtau,95% penduduk Krabi adalah muslim.So dari segi makanan kat sini memangla takde masalah dan kebanyakkannya semua halal. So after check in,aktiviti sendiri and me n hubby plan nak jejalan ke bazaar di sepanjang pantai Aonang.Tomorrow aktiviti island hopping.

Untuk second day ni breakfast sendiri so nasib baik di kalangan kitorang ni ada kawan yang memang orang thailand so dia suggest ke gerai2 tepi jalan so we all pon xtunggu lama pon pergilah mengisi perut yang lapar ni...

So i'm ready for island hopping,dun forget sunglass ye kerana konfem cuaca sangat panas......:)

Yang kelakarnye,makcik yang jual kuih n nasi ni memang xfaham langsung apa kitorang cakap.Menurut kak ida lagi,orang2 Thailand memang xpandai english sebab negara mereka tidak pernah dijajah.So puaslah my hubby buat bahasa isyarat bagai nak rak bagitahu nak yang mana and nak bayar.haha kelakar je tapi makcik ni baik.Kami berdua makan kos dalam 120 baht means RM12 la...lebih kurang je kut dengan Malaysia.Tapi nasi dia memang best,nak tanya nama nasi ni pun xtahu macamana...hahah....:D(tu yg pic hujung skali,memang sangat layannnnnnn...)

Snorkeling di Krabi memang satu pengalaman yang sangat mengujakan.Sceneries yang sangat2 memukau,ya Allah betapa besarnya ciptaanMu dan diri ini merasa bertuah kerana dapat melihat ciptaanMu. Seriously u all kene pergi untuk lihat sendiri keindahan alam yang sangat2 cool.Ada dua tempat yang kitorang snorkeling iaitu di Poda Island dan berhampiran dengan Chicken Island..actually i taklah pandai sangat snorkeling tapi pengalaman snorkeling di perhentian kuatkan lagi semangat ni.Lagi2 bila tengok ikan2 timbul di permukaan cam panggil2 je suruh terjun...bestttt!!!

After snorkeling di dua tempat,we all ke Phi Phi Island untuk lunch...khabarnya ada tomyam!!uhhh my favourite..yummy!!


Lepas lunch,kami berehat2 ambil gambar and macam2 perkara bila dah ramai kan,masing2 seems very happy.i pulak lebih suka pandang pantai hayati keindahan alam,yup i love beach!seriously sgt2 mendamaikan....masa kami tengah2 rehat,some of us dalam 6 orang nak jalan and redah ke pulau yang cetek.(last pic)My hubby bersungguh2 ajak i,tapi ntahla i berat hati.Lagi situ xpandai berenang.And then diorang pergi jugak dengan xpakai safety jacket pun.

Tengah duk pandang2 diorang meredah tu, diorang cam nampak makin berpecah sampaila i sangat pasti adam yang jauh ke tengah.Tanpa sedar i terus lari ke pantai nak tengok apa yang jadi.Masa tulah nampak adam tenggelam timbul,rupanya diorang semua tengah lemas.Asragfirullahalazim,sangat2 xtahu nak buat macamana,cuma mampu menangis dan minta diorang cepat2 selamatkan dia dan yang lain2..melihat suami sendiri bertarung nyawa bukan suatu yang senang untuk dilupakan...suasana jadi haru biru and alhamdulillah diorang selamat.Sangat2 bersyukur padaMu ya Allah.Airmata xberhenti2 mengalir apalagi bila adam asyik cakap yang dia ingatkan i time tu...betapa banyak lagi impian dia xtercapai seolah2 dia rasa dia xkan selamat.isk3....

Yang pasti memang ada pengajaran daripadanya,disebabkan kejadian tu jugak masing2 jadi bertambah semangat untuk majukan kehidupan masing2 and lebih menghargai kehidupan.And as for me and adam,kejadian tu buat kitorang lagi close each other n love each other:*

Sebelum ke tempat makan untuk our dinner,kak ida bring us berphotoshoot di ketam yang rasanya menjadi simbol untuk Krabi.


uihhhh makan malam ni sedapnyee...buffet RM10 sorang ni sangat2 puashati.Syaratnya kalau dah ambik kene habiskan,haha...kalau membazir kene bayar lebih.Tapi memang syok giler lagi2 daging black pepper yg disalai,uhhhhh kecur air liur nih.....huhuhu...daging dia sangat2 lembut,rasanya ada 4 kali ulang alik ambik daging tu je kut...hahahhaha....and kerang dia pun different dengan Malaysia coz dia besar dan agak liat tapi layan jerrrrr.....haha....dah memang my feveret kerang...kui3.

Makan pun dah tak ikut susunan,kejap steambot jap aiskrim,jap salad,pastu desert,kerang lagi,aiskrim lagi and salad pulak.Memang PUASHATI!!and paling xdisangka,xsentuh langsung nasi....takut cepat kenyang punya pasal....wakaka,,,,my hubby layan daging tu xpandang kiri kanan,dah masak dia punya...masak lagi dia punya lagi....hahahhahha....


After dinner,we all shopping kat bazaar sepanjang Aonang Beach.Masa nilah nak beli souvenir kan....bazaar dia okla,cuma xlah tempat yang best  untuk shopping ke apa ke tapi banyakla T-shirt  and accecories,sempat jugalah sambar sikit accecories untuk diri sendiri and T-shirt for family cuma ralat sangat nak beli pario tapi kedai tu dah tutup.....uwaaaa.....:(


Salah satu kedai yang sangat mengujakan!!cantik-cantik dan kreatif sangat!kalau tengok real lagi cantikkkkk....suke!!

Kalau datang Krabi mesti kene cuba Thai Massage,memang takkan menyesal punyeee. RM25 je sejam and Foot Spa pon murah...dan kedai diorang bukak sampai lewat pagi...:)


Last day,so me n hubby plan pakai baju sama...hihi....")

Rasa macam xpuas je trip kali ini,insyaAllah kalau panjang umur,nak datang lagi skali.InsyaAllah....tapi still happy at least dah sampai:)


Trip yang takkan dilupakan sampai bila2...banyak kenangan pahit dan manis....

Cenderamata yang mempunyai nilai sentimental,mug tu menunjukkan tempat diorang hampir lemas n my hubby pakai baju itulah masa bertarung nyawa....:(,actually photo ni dijual 100baht satu...


Bila naik flight balik ke Malaysia,adam terus zzzzzzzz.....i dapat rasakan dia sangat2 penat bertarung nyawa...i pun biarkan je dia tidur tapi hati ni masih panjatkan kesyukuran kerana semuanya selamat.Macam2 bermain kat fikiran ni,that's why bila nampak je bumi Malaysia from top,hati ni tiba-tiba sangat sayu sangat.Thanks Allah my hubby masih selamat pulang bersamaku...:D





1 comments:

Sbipk said...

Woww!!! nice trip. If you can’t decide for your next trip…Phuket is the best choice for you!!

And if you are looking for hotel in phuket for your holiday. Surin Beach Hotel will be the best choice for you too.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...